Friday 10 February 2017

5 Tips Pemilihan CC Cream

Yana nak tanya ni..selalunya kalau korang beli CC cream, apa kriteria yang korang tengok sebelum membeli? Adakah SPF? Kandungan cc cream tu? Atau warna?

Hari ni, Yana nak kongsikan 5 Tips dalam pemilihan CC cream sebelum korang membeli..recommended untuk test sendiri pada kulit korang sebelum membeli tau. Tips-tips nya adalah:

1. Dual fungsi. Bedak solekan & pembetulan kulit asas.
CC cream yang bagus mempunyai fungsi untuk menghaluskan warna dan tekstur kulit yang tidak sekata. Selain mengekalkan solekan agar tahan lama, ia juga mampu mengelakkan kesan bercapuk dan tidak mengelupaskan kulit kita.

2. Pelembapan & penghidratan yang berpanjangan.

3. Menyembunyikan cela.
Sudah pasti lah kita nak beli CC cream yang mampu memudarkan ketidaksempurnaan kulit, kesan-kesan parut, eye bag dan pigmentasi. So, ni sangat penting.

4. Perlindungan UV yang optimum.

5. Menampakkan kulit cerah bersinar, lebih halus & nampak berseri.
Yang ni wajib la kan..takkan nak pilih CC Cream yang buat kulit kita nampak kusam. Jadi, make sure pilih secara berhati-hati.


Haaa..jadi..bila yana refer semula tips2 ni..akhirnya yana memilih COZUMA CC Cream. Harganya RM127 sahaja & yana dah pakai lebih 8 bulan..tapi tak habis-habis pon lagi..(eh..terlebih jimat smpai xsabar2 nk beli yg lain 😅).


Yana & COZUMA CC Cream pilihan yana
Selain sebab 5 tips yang yana share tadi, ada beberapa sebab kenapa yana pilih COZUMA CC Cream ni..antaranya:

Ada ekstrak Aloe vera untuk melembapkan & melembutkan kulit. Ada jugak ekstrak bunga marigold, ekstrak rosemary dan ekstrak manggis yang bersifat anti-radang & anti-oksidan. Sesuai untuk kulit yana yang sensitive & senang burned ni.

Ada kandungan minyak buah zaitun, minyak beras germa, ekstrak Licorie dan vitamin C yang bantu mencerah kan kulit & membuatkan kulit wajah lebih halus mcm baby..hihi. Bila pakai tu rasa muka macam glowing & berseri-seri gituu..

Di samping tu..yana suka COZUMA CC cream ni sebab ada ekstrak akar rhatany yang bantu kurangkan kedutan dan garis halus pada wajah (maklumla..da masuk 3series ni kena la semua extra care 😁)..juga ada bahan-bahan yang membantu mengawal kulit berminyak yana (terutama masa period).


Cozuma CC Cream ni ada 10 kelebihan hanya dalam 1 tiub
Anddd..yang paling BEST skali adalah..COZUMA CC cream ni didatangkan hanya 1 warna. Haa..senangkan..tak payah pening-pening nak pilih mana yang ok dengan warna kulit kita sebab yang ni macam ada fungsi transparent..dia akan ikut skin tone kita 😊.

Ok lah..yang mana-mana rasa masih mencari-cari tu..apa kata try yang ni..RM127 untuk 1 tiub dan tahan lama..sangat berbaloi-baloi 😉.

Till then..sharing is caring.


Be Inspired By,

Yana Mokhtar.

Premium Beautiful Expert.

Finalist Shake & Shape Me Challenge
Be First to Post Comment !
Post a Comment