Wednesday 21 December 2016

Juara Raja Kuah Knorr 2016

Siapa suka makan? Eh..soalan ape ni..mesti la semua orang suka makan kan😁.


Sempena MAHA 2016 yang lalu Yana telah dijemput untuk menghadiri Pertandingan Akhir Cabaran Raja Kuah Knorr (RKK) yang bertempat di Foods Empire, MAEPS.



Pertandingan ini yang julung kali diadakan dan dianjurkan oleh Unilever Food Solutions bertujuan untuk mencari hidangan kuah Melayu terbaik di Malaysia dengan menggunakan Stok Ayam Knorr sebagai salah satu bahan dalam masakan. Wah..bukan senang nak tgk chef-chef hebat memasak live..terutamanya dalam pertandingan.


Ok..ada 4 orang peserta hebat bertanding di peringkat akhir ni. Masing-masing mewakili wilayah/kawasan Sentral, Selatan, Pantai Timur & Utara Malaysia. Mereka ni semua terpilih selepas menjuarai pertandingan peringkat kawasan masing-masing.



En.Raiei Mahidin dari zon Sentral dengan tema masakan "Hantaran & Hidangan Perkahwinan".


En. Salezahrin Mohd Saleh dari zon Selatan dengan tema "Santapan D'Raja Sri Menanti Istana Kayangan".



En. Mohd Hilmi Mohd Alias Ahmad dari zon Pantai Timur dengan tema "Warisan Kampung Knorr".



En. Budiman Bistari Mohamed dari zon Utara dengan tema "Hidangan Potluck Knorr 1Malaysia"


Haaa..menarik tak tema dan masakan yang dihidangkan para peserta ni? Pertandingan akhir ini diadili oleh 4 orang juri iaitu Chef Jo, Chef Professional UFS Mohd Hadzrin Mohd Din dan blogger makanan En.Nor Ariffin Hamzah dan Puan Ruzita Idias Ismail.



Yana berkesempatan merasa sendiri hasil air tangan para peserta terutama hidangan Softshell crab..Ya Allah..Sedap! Xpernah lg rasa..unik.


Ok..cuba teka masakan yg mana berjaya mencuri hati para juri dan yana sendiri 😉 dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM15,000 berserta pakej umrah ekslusif untuk 2 orang?


Kebetulan pilihan juri & yana sama pulak 🤗, En.Budiman (zon utara) yang merupakan pengusaha trak makanan dari Selangor berjaya memenangi pertandingan ini sekaligus dinobatkan sebagai Raja Kuah Knorr 2016. Tips dan resipi generasi turun temurun dengan olahan semula dari beliau berjaya memikat hati juri dan sekaligus melayakkan beliau membawa pulang hadiah sebagai Raja Kuah Knorr yang berjumlah keseluruhan RM144,000.


Cabaran Raja Kuah Knorr ini juga dijayakan bersama dengan jenama peralatan dapur Butterfly serta santan dan kicap jenama Harmuni.


*Tips masakan: Pernah bancuh Lipton Ice Lemon Tea tak? Sedap kan kalau bancuh sejuk. Tahukah anda yang kerabu mangga juga boleh menggunakan serbuk Lipton Ice Lemon Tea sebagai pengganti limau/lemon? Haa..cubalah nanti. Kerabu anda akan lebih rangup & kurang berair.



Be First to Post Comment !
Post a Comment